Kau kena pandai lihat senyuman seorang manusia
Kau nampak seseorang tu gelak ketawa tersenyum tak beerti senyuman dia real
Senyuman yang terukir dibibir ni kadang kala mampu menutup 1001 kesedihan
Jika kau nampak seseorang tu menangis tapi masih tersenyum
Kau mesti anggap itu 'fake smile' kan?
Kadang kau salah
Itulah senyuman yang sebenar-- senyuman bahagia
Takde siapa tahu kenapa senyuman sebenar mesti ada air mata
Bahagia yang terdetik dihati kadang tak mampu terucap di mulut
Hanya air mata yang jadi isyarat bahawa hati terlalu bahagia
Aku teringin-- nak tersenyum sambil jatuh air mata
Hm sebenarnya selalu juga aku lakukan tapi bukan kerana bahagia
Kerana hati dah terlalu sakit tapi aku tak mampu nak tunjukkannya
Aku menangis tapi bibir aku tersenyum
Biar orang nampak aku kuat-- hanya Allah tahu betapa hancur isi dalam hati
Tapi aku bersyukur pada kehidupan aku
Walaupun senyuman yang bertitip di bibir aku ini jarang sekali real
Ianya tetap menjadikan hari-hari aku ceria tanpa jatuh air mata
Hati sakit, hati kecewa, hati terluka, hati gelora-- senyum itu segalanya
Mulakan setiap langkah setiap pagi hanya dengan senyuman
Lupakan segala kisah yang telah terjadi pada hari semalam dan kelmarin
Bawa senyuman yang manis dan ceria itu untuk perjalanan hari-hari seterusnya
Dari kecil aku diajar agar sentiasa senyum tak kira apa situasi
Dimarah? Ditengking? Dimaki? Dihina? Senyum mampu atasi segala emosi dalam diri
Aku senyum bukan kerana aku terbiasa tapi-- senyum itu indah
Biar apa pun keadaan aku ketika itu-- senyum tetap akan senyum
Senyum mampu menawan hati manusia dan senyum mampu menyakitkan hati musuh
Kekal tersenyum dan jangan pernah letih untuk perbaiki senyuman dalam diri.