Andai suatu hari nanti ditakdirkan aku pergi dulu,
Berharap sangat kau tahu kau ingat kau faham tentang
Isi hati yang selama ni aku pendam
Aku sayang kau
Ya sayang sangat sangat lebih dari sayangkan nyawa sendiri
Kau harta terindah
Insan teristimewa yang pernah dikirim hadir dalam hidup
Istimewa kau bukan terletak pada wajah
Tapi terletak pada
Senyuman kau yang sembunyikan banyak sakit
Gelak tawa kau yang mampu padam semua pedih luka
Kenangan paling indah
Rindu hm
Ya suatu hari nanti aku pasti akan rindu
Semua tentang diri kau
Semua kenangan pahit manis suka duka dengan kau
Macam mana cara kau layan kerenah aku
Macam mana kau pertaruhkan diri untuk lindung aku
Aku abadikan semuanya tuh dalam dasar hati
Supaya tak pernah luput semua kisah ketika dengan kau
Andai aku takde waktu masa semakin dewasakan kau
Aku berharap kau bisa lupakan semua tentang aku
Nama aku wajah aku sikap aku
Luputkan aku dari ingatan memori kau
Walaupun aku mungkin akan pergi jauh dari sisi kau
Jangan risau
Doa aku agar kehidupan aku bahagia sentiasa terikat rapi
Dalam setiap langkah maju kau
Aku juga doakan kau akan dipertemukan
Dengan seorang wanita yang jauh lebih sempurna dari aku
Yang akan menjadi penyeri dalam hidup kau selamanya
Yang akan bersama-sama dengan kau jalani waktu kau hingga hujung nafas
Aku hanya mahu melihat insan yang aku cinta
Kekal bahagia bersama seorang bidadarinya didunia
Kerana itu sudah cukup buat aku rasa bahagia walaupun bahagia itu tak bersama
Kau :')
No comments:
Post a Comment